Keju juga ditekankan dalam Buku ini.
Buku ini boleh di khatamkan dalam masa sejam, tetapi isinya jika di hadam dengan betul, boleh memberi manfaat untuk jangka masa yang panjang kepada pembaca.
Buku ini ditulis oleh Dr Spencer Johnson dan terjual lebih 24 Juta Salinan, tetapi disangkal rekod jualan buku ini oleh pengkritik kerana ia dijual secara pukal. Tapi aku tak kesah la dengan berapa banyak jualan yang buku ini telah buat, yang penting ‘kejunya’.
Kenapa anda perlukan buku ini?
Secara purata, kebanyakan orang takut untuk berubah. Berubah dari segi kerjaya mahupun kehidupan. Buku ini mengajar anda cara menangani, menghadapi segala perubahan yang berlaku di sekeliling kita dari pelbagai prospek. Buku ini di dalam Bahasa Inggeris, tapi jangan risau, ia dah diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia.
Buku ini tak tebal, hanya mempunyai 95 halaman, dan seperti yang aku bagitau tadi, ia boleh dikhatamkan dalam masa yang sangat singkat. Jadi tiada alasan untuk tidak memiliki buku ini sebab harganya pun tak sampai RM30.
Kalau anda berpeluang untuk membaca buku ini, anda pasti dapat faham konsep yang di tekankan iaitu " MATLAMAT"
No comments:
Post a Comment